|||||Edit Posts|Comments|Settings| Design

Sunday, November 1, 2009

Proton Exora Rollover Crash Test

>

Proton Exora - Luggage Space comparison with Avanza and Grand Livina

>

proton exora-mpv-body kits-pics-prestige

Pada hari ini tanggal 1hb November proton exora yang ditempah dari pengedar sudah selamat sampai kalau ada masa nanti saya akan masukkan exora pics kedalam blog ini.
Warnanya putih itulah yang menyebabkan lambat kerana semasa memohon pinjaman kerajaan dulu mohon pinjaman kerajaan solid colour jadi apa yang terjadi kepada ni diharap dapat iktibar kepada kawan-kawan diluar sana. Orang dikementerian kewangan siap tanya betul ke encik nak buat goverment loan untuk beli proton exora solid colour so i jawab betullah memang nak beli solid colour. Rupa-rupanya dekat raya haji baru dapat itupun didrive dari kuala lumpur ke kota bharu. Dapatkan cara-cara buat pinjaman kerajaan di http://exora-club.blogspot.com/2009/10/langkah-untuk-buat-pinjaman-kerajaan.html
So sebagai peringatan kepada rakan-rakan diluar sana tu kalau nak buy a proton exora tu jangan ambil solid colour ambillah metallic colour' Saya kata begini kerana solid colour hanya boleh didapati dalam white colour sahaja manakala metallic colour boleh didapati dalam banyak warna selain white colour adalah metallic colour so sebagai peringatan kalau nak beli kereta proton exora tu menggunakan goverment loan belilah metallic colour senang nnak tukar kalau-kalau warna proton exora yang dikehendaki tak ada, boleh tukar ke warna lain.
Saya booking proton exora sebelum pelancaran lagi bayangkan dah berapa lama ?? tapi puas hati jugalah hanya warna putih solid colour memang susah dapat cantik.

Satu lagi i want to share, kalau nak order proton exora baru tu bookinglah kat EON Jangan pandai nak booking kat proton punya dealer nanti nyesal tak sudah. Kalau saya booking kat EON sebelum raya puasa white colour dah ada but while i'am book dulu guna EON punya dealer so kena tamatkan dahulu kontrak pengesahan yang mengatan dealer tersebut gagal menyedian kereta sebagaimana tarikh yang dijanjikan.

Satu lagi yang ingin saya kongsi disini ialah perhatikan tarik pembekalan kenderaan tersebut kalau 2 bulan minta dealer buat surat pembekala hanya 1 bulan baru senang nak ubah kalau-kalau dealer gagal sediakAn kender sebagaimana sebut harga boleh cari dealer lain.

>

Tuesday, October 6, 2009

Langkah untuk buat pinjaman kerajaan untuk membeli kenderaan

Berikut ialah langkah-langkah yang perlu dilalui oleh seorang kakitangan kerajaan apabila teringin untuk membuat pinjaman untuk membeli kenderaan:
Langkah 1:

  • Dapatkan no telefon Bahagian Kewangan Jabatan Masing-masing




  • Langkah 2:

  • Telefon dengan kadar segera dan dapatkan nama dan no telefon sambungan beserta alamat lengkap untuk penghantaran surat




  • Langkah 3:

  • Sediakan borang-borang yang perlu kalau boleh dapatkan daripada bahagian kewangan tapi kalau tiada buat sendiri atau dapatkan daripada kerani tempat anda bekerja contoh borang yang perlu disediakan atau daripada rakan anda yang pernah membuat pinjaman kerajaan



  • Langkah 4:

  • Setelah semua borang telah dilengkapkan dan diisi dengan tepat harus diingat bahawa semua barang fotostat seperti surat opsyen, sebut harga dari pembekal,borang pergerakan gaji dan sebagainya harus disahkan oleh mereka yang berkelayakan. Kalau disekolah oleh Pengetua, PK 1, PKHem, PKKo atau guru kanan. Langkah ini penting supaya anda tidak melakukan penghantaran pada kali yang ke 2



  • Langkah 5:




  • Langkah 6:


  • bersambung.......

    >

    KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN

    exora-club


    Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

    Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

    Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk men yam paikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

    Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

    Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka...”

    Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"

    Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

    Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

    Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa a yam .. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

    Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?

    Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz

    "Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis

    Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

    Gadis tu terdiam

    Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak”

    Sekian
    http://ismailsirajudin.blogspot.com/2009/09/al-kisah-di-pasaraya-billion-kelantan.html
    * Article ini dikirimkan melalui e-mail. Menarik untuk dikongsi bersama.


    Wallahu ‘Alam

    >

    Saturday, October 3, 2009

    Cara Kira pinjaman Beli kenderaan-Rumah-Apartment dan sebagainya

    Exora Club
    Contoh pengiraan ini mungkin tidak terlalu tepat tetapi bolehlah dijadikan sebagai rujukan sebelum anda membuat sebarang pinjaman


    >

    Friday, October 2, 2009

    Panduan memohon nombor pendaftaran kenderaan

    Dibawah ini ialah kategori-kategori Nombor Pendaftaran yang Popular dan mahal harganya
    Jika anda berminat anda boleh masik tender jika anda menggemarinya
     
    Nombor-nombor Bernilai Utama
    1
    2
    3
    4
    5
    6
    7
    8
    9
    10
     Nombor-nombor Menarik 
    11
    12
    13
    14
    15
    16
    17
    18
    19
    22
    28
    33
    38
    55
    66
    77
    88
    99
    111
    222
    333
    555
    666
    777
    888
    999
    1111
    2222
    3333
    5555
    6666
    7777
     
     
    8888
     
    9999



    Index Artikel
    Panduan memohon nombor pendaftaran kenderaan
    Nombor-nombor Popular
    Nombor-nombor Semasa
    Dokumen yang diperlukan
    Keputusan Tender

    >

    semakan tarikh luput lesen memandu

    Exora Club

    SEMAKAN TARIKH LUPUT LESEN MEMANDU


    Nombor Pengenalan :   

    Kategori Pengenalan :    



    Sila isikan Nombor KP dan pilih Kategori KP
    (Contoh Format Orang Awam Malaysia - KP Lama:A1234567 atau KP Baru:801121141234)





    http://portal.jpj.gov.my/v5/index.php/semakan-tarikh-luput-lesen-memandu

    >

    Semakan senarai Hitam Kenderaan

    Exora club

    KENYATAAN PENTING IMPORTANT NOTICE

    Senarai hitam ini mengandungi pesalah / kenderaan yang telah dikenakan saman
    tetapi masih belum membayar denda selepas satu masa yang ditetapkan oleh pihak berkenaan.
    Sila hubungi agensi berkenaan untuk mendapat butiran lanjut mengenai saman atau saman yang
    belum lagi dimasukkan sebagai senarai hitam ini.
    This blacklist contains only offenders / vehicles with summons which have been
    issued but the offenders have failed to settle their fines after a specified period as decided
    by the authorities. Please contact the relevant agencies concerned for summons details or
    the latest summons that have not been included in this blacklist.


    Untuk pembayaran saman JPJ secara online, sila lawati laman web
    seperti di bawah: Sila baca arahan dan ikuti panduan dengan teliti
    For easy and fast JPJ online summon payment, please visit our Electronic Government
    Service Providers, as listed below: Please read and follow the instructions given

    http://www.rilek.com.my
    http://www.myeg.com.my
    http://www.eservices.com.my

    >

    Monday, September 14, 2009

    Info Exora Club

    Kelab ini ditubuhkan atas dasar supaya pengguna kereta proton exora dapat berkongsi ilmu, tips keselamatan, panduan memilih dealer proton Exora yang sesuai dikawasan anda. Kelab ini terbuka kepada semua orang yang mahu membeli, menjual, atau apa-apa yang berkaitan kereta proton Exora.
    Sekiranya ada dikalangan ahli ingin menghantar artikel atau menjadi administrator bagi blog ini adalah digalakkan supaya lebih banyak artikel, cadangan, luahan rasa, forum dapat diwujudkan untuk ingatan bersama. Untuk menjadi admin anda hanya perlu submit id dan kata laluan kepada saya supaya data dapat dikemaskini dan anda boleh menjadi dalam masa yang cepat.
    Sekian Terima Kasih.

    >

    Sunday, July 5, 2009

    Panduan memohon nombor pendaftaran kenderaan dengan JPJ

    Dokumen yang perlu dikemukakan semasa memohon nombor pendaftaran kenderaan dengan JPJ adalah seperti berikut:

    1. Borang permohonan boleh didownload terus disini
    2. Bayaran perkhidmatan RM 10.00.
    3. Bayaran harga tempahan sekurang kurangnya RM 200.00 atau 30% daripada harga tempahan penuh yang dibuat mengikut mana yang lebih tinggi (dalam bentuk cek bank/deraf bank/kiriman wang pos dipalang dan dibayar kepada "Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia".
    4. Salinan Kad Pengenalan Pemohon ( individu/syarikat) yang disahkan .
    5. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13 ) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan ) .
    6. Sampul surat bersetem dan beralamat sendiri.
    NOTA : Semua dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah masukkan ke dalam sampul surat ,
    Pada bahagian luar sampul surat ditulis :
    " TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN "

    dan dimasukkan ke dalam peti tempahan yang disediakan dipejabat JPJ.
    Untuk kaedah terkini cara tempahan no pendaftaran dapatkan di portal JPJ

    >
    PROTON