|||||Edit Posts|Comments|Settings| Design

Sunday, July 5, 2009

Panduan memohon nombor pendaftaran kenderaan dengan JPJ

Dokumen yang perlu dikemukakan semasa memohon nombor pendaftaran kenderaan dengan JPJ adalah seperti berikut:

  1. Borang permohonan boleh didownload terus disini
  2. Bayaran perkhidmatan RM 10.00.
  3. Bayaran harga tempahan sekurang kurangnya RM 200.00 atau 30% daripada harga tempahan penuh yang dibuat mengikut mana yang lebih tinggi (dalam bentuk cek bank/deraf bank/kiriman wang pos dipalang dan dibayar kepada "Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia".
  4. Salinan Kad Pengenalan Pemohon ( individu/syarikat) yang disahkan .
  5. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13 ) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan ) .
  6. Sampul surat bersetem dan beralamat sendiri.
NOTA : Semua dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah masukkan ke dalam sampul surat ,
Pada bahagian luar sampul surat ditulis :
" TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN "

dan dimasukkan ke dalam peti tempahan yang disediakan dipejabat JPJ.
Untuk kaedah terkini cara tempahan no pendaftaran dapatkan di portal JPJ

>
PROTON